A- A A+

w3c

Malay English

Panduan Permohonan Rumah Kos Rendah

Written by Super User. Posted in Uncategorised

PENGENALAN

Setiap pemohon yang ingin memiliki rumah kos rendah haruslah terlebih dahulu mendapatkan borang berkenaan di Pejabat Daerah berdekatan dengan nilai RM2.00. Kad pengenalan haruslah dibawa bersama semasa proses pembelian.

PENGEDARAN BORANG

Borang Permohonan Rumah Kos Rendah boleh didapati di Pejabat Daerah Langkawi atau di Wisma Darul Aman, Bahagian Perumahan .

PRA-SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.

2. Pemohon belum memiliki rumah kos rendah sahaja yang layak memohon.

3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan.

DOKUMEN TAMBAHAN

Dokumen tambahan yang perlu disertakan semasa penghantaran borang adalah :

1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.

2. Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri Pemohon.

3. Salinan Penyata Gaji Pemohon ( 3 bulan ).

4. Salinan Penyata Gaji Suami/Isteri Pemohon ( 3 bulan )

PENGHANTARAN BORANG

Borang yang siap diisi perlu disahkan oleh Ketua Jabatan bagi pemohon yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Manakala bagi kakitangan swasta, akuan sumpah diperlukan. Setelah selesai, borang perlu dipos atau dihantar terus ke Bahagian Perumahan, Wisma Darul Aman. Berikut adalah alamat Bahagian Perumahan bagi Negeri Kedah :

Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Bahagian Perumahan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Aras 3, Blok C, Wisma Darul Aman

Jalan Tunku Bendahara

05250 Alor Setar

Kedah Darul Aman

Scan QR KOD

pdl

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggov

Media

 audio

AUDIO

video

VIDEO

Pelawat

168514
Hari IniHari Ini2
SemalamSemalam36
Minggu IniMinggu Ini64
Bulan IniBulan Ini538
KeseluruhanKeseluruhan168514

Kemaskini

Tarikh
General update: 19-05-2016 01:52