A- A A+

w3c

Malay English

Perutusan Ketua Jabatan

Written by Super User. Posted in Uncategorised

image gallery

TUAN HAJI ISAHAK BIN MURAT. AMK., BCK.

PEGAWAI DAERAH LANGKAWI

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Selamat Datang ke Laman Web Pejabat Daerah Langkawi.

Melalui laman ini diharap orang ramai, pelancong luar dan dalam Malaysia serta semua pihak mendapat maklumat yang diperlukan mengenai Pulau Langkawi Permata Kedah serta peranan dan tanggungjawab Pejabat Daerah Langkawi.

Besarlah harapan saya agar laman web ini dapat memberi maklumat kepada semua yang ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang Langkawi di samping mengenali dengan lebih dekat lagi produk pelancongan yang terdapat di Langkawi sememangnya indah untuk dikunjungi. Dengan keunikan 99 buah pulau, ia menjanjikan peluang untuk beristirahat, membeli belah, melawat tempat-tempat menarik atau melakukan apa saja aktiviti bagi mengisi masa percutian. Kesemua pulau-pulau ini ditadbir urus oleh Pejabat Daerah Langkawi (PDL) dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP). Bagi memainkan peranan Kerajaan Pusat dalam memajukan Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ditubuhkan. Penubuhan LADA adalah untuk menyalurkan dana bagi memajukan Langkawi bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pada 1 Jun 2007, Langkawi telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai sebuah geopark dan diletakkan di bawah UNESCO Global Geoparks Network yang ke 52 dengan tiga kawasan utama iaitu Geoforest Park Kilim yang kaya dengan batu kapur, Geoforest Park Dayang Bunting yang kaya dengan marmar dan Machincang Geoforest Park yang merupakan kawasan kambria berusia 450-550 juta tahun, batuan tertua dan terdapat bukti sejarah asal usul bumi Malaysia dan Asia Tenggara. Ianya telah menjadi produk dan tarikan pelancongan di Langkawi.

Pada Bulan Ogos, 2008 pula, “Langkawi Permata Kedah”, diistiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah sempena sambutan Jubli Emas Pemerintahan KYDMM Tuanku. Pengisytiharan tersebut sekaligus menjelaskan bahawa Langkawi adalah sebahagian dari Kedah Darul Aman yang selama ini pelancong luar negara akan mengenali Langkawi Malaysia bukannya Langkawi Kedah.

Besarlah harapan saya agar laman web ini dapat dimanfaatkan sewajarnya bagi menyampaikan maklumat terkini berkaitan Pejabat Daerah, Pulau Langkawi dan aktiviti-aktiviti Kerajaan Negeri selama ini.

Sekian.

Scan QR KOD

pdl

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggov

Media

 audio

AUDIO

video

VIDEO

Pelawat

169685
Hari IniHari Ini18
SemalamSemalam16
Minggu IniMinggu Ini7
Bulan IniBulan Ini203
KeseluruhanKeseluruhan169685

Kemaskini

Tarikh
General update: 19-05-2016 01:52