A- A A+

w3c

Malay English

Sejarah Pentadbiran

Written by Super User. Posted in Uncategorised

Dibawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) dan zaman awal Sultan Abdul Halim Shah (1882-1943) Dato’ Wan Mat Saman Bin Wan Ismail telah dilantik menjadi Perdana Menteri disamping diberi kuasa untuk mentadbir Pulau Langkawi. Pada 1 Syaaban 1317 bersamaan 6 Disember 1899, Langkawi telah menjadi salah sebuah daerah terawal disamping Changloon, Kulim, Kuala Muda dan Kerian. Pegawai Daerah yang pertama ialah Wan Ismail. Dalam Tahun 1911 Pegawai Daerah Ialah Wan Muhammad Said. Sementara Tunku Abdul Rahman Putera (Almarhum) bertukar dari daerah Padang Terap menjadi Pegawai Daerah Langkawi (1934-1935). Beliau berusaha memperbaiki jalan-jalan raya dan yang paling penting membina jeti baru Kuah. Tuanku juga mengambil daya usaha memulihara Pusara Mahsuri serta memperkenalkan sejarah Mahsuri melalui Pementasan Bangsawan (1934) Di Kuah.

Pejabat Daerah Langkawi bermula sejak 1920-an, sehingga kini sebanyak 33 orang Pegawai Daerah telah pun berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Langkawi di Pejabat Daerah Langkawi. Pegawai daerah Langkwi yang pertama ialah Encik Zakaria Bin Mohamad Daud. Bangunan yang dijadikan Pejabat daerah Langkawi pada ketika itu tidak dapat dikenalpasti lokasinya yang sebenar.

Walaubagaimanapun, perpindahan bangunan Pejabat Daerah Langkawi untuk kali keduannya ialah di Kuah. Bangunan pejabat masih kekal ke hari ini. Pada tahun 1986, Pejabat Daerah Langkawi sekali lagi berpindah ke bangunan baru iaitu bangunan yang masih digunakan kini. Bangunan baru ini dibina pada 15 November 1983 dan siap sepenuhnya pada 02 November 1985 yang telah menelan belanja sebanyak RM 1,607,373.00. Pejabat Daerah Langkawi di bangunan baru telah mula beroperasi pada 03 Mei 1986 yang telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.

Scan QR KOD

pdl

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggov

Media

 audio

AUDIO

video

VIDEO

Pelawat

169685
Hari IniHari Ini18
SemalamSemalam16
Minggu IniMinggu Ini7
Bulan IniBulan Ini203
KeseluruhanKeseluruhan169685

Kemaskini

Tarikh
General update: 19-05-2016 01:52